obs3s akhawah

Akhawah.

Yup no typo there.
something related to the new background I am having. (well not so new)
ok. pink.
part of usaha utk menjadi lebih akhawat :p

——
Akhawah referring to akhawat yg dah nak macam ikhwah.
Bukan dr segi pakaian. Kerana akhawat itu tetaplah menutup aurat sebagaimana yang disyariatkan.
Namun akhawat ini makin kurang sifat kewanitaannya..

Akhawat keluar malam. Lewat baru pulang ke rumah. Bukannya berfoya2.
Sekadar berziarah atau program dakwah. Yet, inappropriate.
Akhawat memandu, ganasnya bukan main..
Akhawat tak minat memasak
Akhawat kurang gemar mengemas
Akhawat tak pandai bergaul dengan makcik2 and kakak2 di luar fikrah
Akhawat outspoken, lantang bersuara dan menegur. Mengalahkan ikhwah
Akhawat garang. ikhwah pun takut (‘alasan’ segelintir ikhwah yg memilih utk berkahwin dgn bukan akhawat)
Akhawat itu dan ini…

apabila akhawat kurang sifat kewanitaan.
hurm…di mana silapnya?
Bukankah tarbiyah itu mengembalikan fitrah

Namun mungkin begitu jua akhawat dulu dibesarkan dlm dakwah dengan cara begitu
Zaman awalnya mmg begitu
mahu tidak mahu, akhawat terpaksa keluar dr kepompong kebiasaan
jauh sedikit dr lumrah kewanitaan
namun masih dalam batas kesyariatan
Perlu keluar mentajmik di luar kebiasaan
Menjaga pergaulan lelaki perempuan
Umpama benteng besar yang memisahkan
Asing yang teramat…
Dan akhirnya akhawat menjadi terlalu berdikari
Hidup sendiri
Bisa bergerak bebas ke sana ke mari
Demi dakwah yang dicintai..

Dan masapun berlalu
berubah zuruf, berubah tabie
Keadaan tidak memaksa seperti dulu lagi
Tanzim itu sendiri memerlukan perempuan dan lelaki
Ikhwah dan akhawat demi mencapai stabiliti
Kerana lagak yang begini,
Ikhwah dilihat hilang jatidiri
Dan akhawah umpama virus yang melenyapkan identiti

Biarpun akhawat itu seorang daie.
Tetapi tetaplah seorang wanita
yang tempatnya di ‘dapur’
menjaga rumahtangga dan keluarga
sehebat mana sekalipun di luar rumah berdakwah
bermesyuarat hingga 1 pg setiap malam
tiadalah maknanya
andai kucar kacir urusan rumahtangga

finding the right balance.
seems to be my favourite word.
achieving it, never as easy…

obs3si keeping faith

Keberadaan di luar negara menyebabkan Malaysia kelihatan sungguh jauh sekali. Andai sebelum ini, internet yang menjadi perantara antara aku dan tanah air, kita segalanya begitu hampir sekali termasuklah masalah sosial yang kulihat kian meruncing. Dulu, segala permasalahan sosial hanyalah melalui akhbar digital yang kubaca atau mungkin perkongsian dari teman-teman.

But being around here, reality has always surprise me at its own way. Social problems are no longer about strangers. It’s no longer just news. It’s more like a story. A life story. Real stories that happen around me. Meninggalkan solat, LGBT, bersekedudukan, unwanted pregnancies, rasuah, songlap duit, scandal rumah tangga, alcohol consumption… the list goes on.. Things that I used to read in newspaper or watch in dramas are now involving even my second degree acquaintance. And worst, a few of my first degree too. Things happen right in front of your eyes.

Being in such situation, what should I do? Blank. Knowing too much yet not knowing what to do.

Application of theories 101.

No wonder they always say things like these can easily bring you down. Your faith to make things right is often jeopardise. Even now, I am not sure how to make things right.

At this moment, I am very grateful of parents that are very supportive to make the world a better place and to be at the best place hereafter.

when the car brokedown

When the car brokedown…

After a while riding in this car, I felt something is really wrong with it. Is it the car, or is it the driver?
Or might be both. I am not sure. Sometimes it made me doubt if I would ever get to the destination safely.

In this ride I am only a back-seat passenger. Has always been that way cause I chose to be that way.

I have much faith that it’s not the car that is bringing the problem. Nothing is broken. It is well maintained.

Was it the driver? I guess it could be. Driver is a human. Made mistake sometimes. And dozed off too. But it seems unfair just to put the blame on the driver. The car should somehow take charge too. It has been a while. Maybe some changes need to be made to the car too.. Or maybe the route was too bumpy.

Regardless… I decided to stay with this ride. This ride that initially brought me to this journey. A journey that I never knew would exist. A destination that I never thought of. Doesn’t seems fair for me to leave the ride just for some hiccups. Well, a lot actually. Too many bumps that were pretty much irritating. Dangerously annoying. But then, the ride has brought me to where I am right now. To at least understand the importance of the journey, I guess the ride has thought me much.

Maybe it’s my job to make it right.
to wake the driver if starts to doze off.
Making sure that driver is not taking the wrong turn.
Slowing down at bumps.

As long as driver is not doing things truly wrong, I guess drivers should get another chance.

No drink and drive.

kahwin awal

Sepertinya ini menjadi topik panas sejak akhir-akhir ini. Though at my age now, if I get married, I dont think I’ll be part of the statistic :D Sudah ramai pun sahabat-sahabat saya yang berkahwin lebih awal, beranak-pinak etc. Maka, kategori saya tidaklah dikira awal pun. Anyways… back to the topic (sepertinya saya selalu mempunyai masalah utk commit dengan topic yang dipilih. My bad :D )

Berkahwin awal… So here goes the story…

My mom told me my cousin wanted to get married. Bagi saya, apabila seorang lelaki (yang tidak mengikuti tarbiyah) membuat keputusan utk berkahwin, ternyata itu sesuatu keputusan yang besar untuknya. Sejujurnya saya lupa umur sepupu saya yg ini. We used to be closed. Teman sepermainan. But then, as I grew up and started wearing hijab, rasanya sudah tak sesuai utk saya bermain ABC dan kejar-kejar. Once I started secondary school, jarang berjumpa, maka secara semula jadi pemisahan berlaku. Mungkin sebab itu saya lupa umurnya. Mungkin kami sebaya. Pendapat lebih kuat merasakan dia muda setahun dua dr saya. That’s why I categorized it as kahwin awal.

So berbalik kepada kisah sepupu saya. Kata bonda, dia berhajat mengahwini gadis pilihannya. Namun ayah sepupu saya (adik kepada bonda) terang-terangan menghalang. Hairan juga dengan pakcik sy ini. Sudah bekerja, mampu berdikari, maka apa lagi yang perlu sepupu saya tunggu?

Anyway, setelah difikir-fikir dan dibincang-bincang, rupanya ayah saudara saya itu tidaklah menghalang untuk sepupu saya itu berkahwin awal. Namun, dia sendiri cuba belajar dari kesilapan dan tak sanggup anaknya hidup susah sepertinya satu ketika dahulu. Pakcik saya juga berkahwin awal. Alhamdulillah hidupnya amat bahagia bersama isteri dan anak-anak. Namun di awal perkahwinan, hidup mereka tidaklah mudah. Tanpa sebarang kelayakan, hampir segala kerja pernah dicuba demi mendapatkan rezeki yang halal. Daripada menjaja, pemandu, budak pejabat, pembantu bos hinggalah kini menguruskan kilang bosnya. Dengan kejujuran pakcik dan rezeki mendapat majikan yang baik hati, pakcik kini mampu untuk hidup lebih selesa. Dan sesungguhnya, keselesaan itu mengambil masa yang teramat lama. Mungkin kerana itu, pakcik tak mahu sepupu saya hidup susah dengan keluarga baru. Sepupu saya kerjanya gaji tidaklah mewah. Masih bertatih dengan sijil yang dimilikinya.

Hakikatnya, tiada ibu bapa yang tidak mahu anaknya cepat-cepat berumahtangga dan ‘berhidup’. Biar di usia mana sekalipun, ibu bapa yang berakal dan menyayangi anak2nya tidak akan mahu menghalang sesuatu perkara yang baik berlaku dalam hidupnya. Namun, peranan anak-anak dalam membina kepercayaan ibu bapa untuk mendirikan rumah tangga itu tidak berlaku dengan baik. Maka kerana itu, seringkali mendengar ibu bapa yang lebih rela anak-anak berpacaran tanpa batasan daripada anak-anak bernikah awal dari kebiasaan.

Beberapa perkara yang perlu dibuktikan kepada ibu bapa:-

1. Being a muslim. A real muslim
Dengan kehidupan hedonisme yang kian melata, ternyata menjadi kerisauan ibu bapa untuk melepaskan anak-anak mereka untuk mendirikan rumah tangga. Ditambah dengan kadar penceraian yang meningkat setiap tahun, apalagi keyakinan yang mampu dimiliki ibu bapa yang anaknya akan hidup bahagia selepas berkahwin sekiranya tanggungjawab pada Allah pun sukar dilaksana. Meskipun sesebuah keluarga itu tidaklah mengamalkan Islam secara sempurna, ibu bapa masih lagi melihat dan menilai aspek keagamaan anak sendiri dan bakal menantu sebelum membuat keputusan. Maka amat pentinglah anak muda memperlengkapkan diri sebagai seorang muslim dalam memikat hati ibu bapa sendiri dan bakal mertua. (untuk golongan daie, mungkin ini settle kalaupun bukan utk menambat hati mertua)

2. Berkenalan dengan keluarga bakal mertua
Dengan perangai anak muda sekarang, jarang-jarang yang pandai mengambil hati golongan yang lebih tua. Berbual dengan golongan ibu-ibu dan bapa-bapa pun terasa kekok teramat. Ini termasuklah golongan daie muda. Pengalaman banyak mengajar amat sukar utk daie muda bergaul dan bersosial dengan golongan yang tua sedikit dari mereka sekiranya berbeza latar belakang fikrah. Jika sesama jemaah, memang pantas nak sekata. Kononnya ukhuwah fillah. Namun apabila dicampakkan bersama yang berlainan fikrah ataupun yang langsung tidak terlibat dalam dakwah, mati kutu dibuatnya. Dan bg anak muda yang tidak terlibat dalam dakwah, mungkin bagi mereka tiada maknanya utk bergaul dengan golongan yang lebih tua. WRONG!!!

When you marry a man (for ladies) or a lady (for the men), you are not just marrying that particular individual. You are marrying the whole family. Maka, bertaaruf dan berbuat baiklah dengan bakal mertua, pakcik2 makcik2 yang ada meski sebelum perkahwinan lagi. Agar selepas perkahwinan sekurang-kurangnya tidaklah kejutan budaya dengan keluarga pasangan anda. Dari situ jugalah belajar utk mengenal bakal pasangan melalui kaca mata bakal mertua. Dan andai sekalipun hubungan itu tidak sampai ke jinjang pelamin, setidak-tidaknya anda berkenalan dengan seorang mad’u baru (given that perpisahan berlaku dengan cara baik)

Dalam kisah sepupu sy, belumpun sempat pakcik dan isteri bertemu calon menantu, sudah dimintanya menghantar rombongan meminang. Sepupu saya pun jarang2 berhubung dengan ibu bapa gadis tersebut. No wonder, baran pakcik menjadi-jadi tika itu.. heh.. kazen, sorry I cant back you up if you are not following the rules.

3. Perancangan kewangan
Memang benar rezeki itu ketetapan Allah. insyaAllah setiap anak adam itu telah ditetapkan rezeki sejak di lauh mahfuz lagi. Namun setidak-tidaknya perancangan itu perlu ada. AbdurRahman b Auf juga bukanlah kaya dengan tiba-tiba. Setibanya di Madinah, dimintanya beliau jalan ke pasar. Dan dari situ beliau membina semula kekayaan yang ditinggalkan di Makkah. Bukanlah bererti harus menjadi jutawan sebelum berkahwin. Namun setidak-tidaknya tunjukkanlah kesungguhan untuk berusaha itu kepada ibu bapa. Keluarga lelaki lazimnya lebih risau sekiranya anak lelakinya tidak mampu menjaga keluarganya nanti. Maka perlu dinampakkan usaha tersebut kepada kedua ibu bapa seandainya benar-benar mahu mendirikan rumah tangga.

Kata seorang murobbi, mendirikan rumah tangga adalah perkara yang serius. Maka perlukan kesungguhan untuk mencapainya.

Wallahu’alam.

Bila balik rumah, antara tugas yang ditaklifkan secara tidak langsung adalah kaunselor keluarga. Heh, for some unknown reason.

jatuh

google image :)

dalam perlumbaan ini
telah ramai yang kulihat tersadung
jatuh dan tersungkur
dengan pelbagai asbab tersendiri
dalaman dan luaran
yg dekat dan yang jauh
maka ia mengajarkan aku utk lebih berhati-hati
menjaga langkah

namun ia juga membuatkan aku terfikir
setiap org mempunyai sebab utk jatuh
maka apakah asbab yg bisa membuatkan aku terjatuh
dan aku takkan bisa mengetahui asbab itu
selagi mana aku belum memulakan perlumbaan ini.
tersadung bukanlah masalah
aku tidak risau utk tersungkur dlm perlumbaan ini.
namun yg kurisau kiranya aku sudah hampa untuk bangun semula
itulah kegagalan sebenar
itulah kesakitan sebenar

thabit qulubana ya Allah..
‘ala deenik wa’ala thoatik wa’ala da’watik

Bukan Tanah yang Menyucikan

Tidak lama dulu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan seorang pelajar pintar dari Malaysia di Oxford yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Bulan lepas, dikejutkan pula dengan seorang pelajar Melayu Muslim tajaan yang melangsungkan perkahwinan sejenis. Tidak berapa lama kemudian, seorang pelajar perempuan muslim Malaysia di Edinburgh yang dikatakan telah membukan hijab yang diperintahkan Allah.Masyarakat kemudiannya Dan akhirnya kesimpulan mudah yang dicapai adalah rata-rata anak Melayu mudah lupa diri apabila dicampakkan ke bumi asing.Sejujurnya memang tidak mudah untuk tetap teguh dengan Islam dan nilai ketimuran apabila dicampakkan ke tanah asing yang rosak nilai akhlak ukhrawi biarpun nampak mewah dari segi materialnya. Dengan hanya berbekalkan iman yang setebal kulit bawang, jauh dari keluarga dan hidp pula masyarakat yang hedonism, ternyata iman bisa goyah dengan mudahnya.

Namun untuk menyalahkan tanah yang dipijak, sebagai alasan untuk goyahnya iman ternyata agak dangkal pemikiran di situ. Sebagai seorang individu yang pernah menuntut di luar negara, pernyataan itu jelas sekali tidak mampu disokong. Hakikatnya, di bumi asing inilah, saya belajar mengenal Islam yang sebenarnya. Dan berdasarkan pemerhatian saya, terdapat ramai sekali pelajar-pelajar Melayu Muslim yang melanjutkan pelajaran ke luar negara bukan sekadar cemerlang dalam akademik, tetapi juga menjadi tokoh masyarakat yang disegani dan tetap tegar dalam dakwah.

Beberapa contoh yang dikenali. Individu-individu ini masih lagi hidup dan belum pasti pengakhiran mereka. Namun doakan agar mereka tetap teguh hingga ke akhirnya.

1. Dr Zainurrashid Zainuddin
– Pernah menuntut dlm bincang perubatan di Ireland
- Specialist O&G di UK
- consultant di Hosp Seremban
- Timbalan Dekan IMU
- masih tegar dlm amal dakwah
- isu Palestine yang sentiasa menjadi perhatian utk disebarkan kpd masyarakat
- Ahli Jawatankuasa ISMA negeri sembilan

2. Dr Nor Aisyah Zainodin
– Pengasas laman web muharikah.wordpress.com
- Menuntut dlm bidang perubatan di Scottland (kot)
- bekerja beberapa tahun di luar negara
- kembali ke tanah air utk berkhidmat kpd anak bangsa
- giat aktif berdakwah melalui pertubuhan IKRAM
- laman webnya menjadi rujukan para daie muda seluruh dunia

3. Dr Zaki Ibrahim 
- Pengerusi ISMA Australia 2010
- pernah menuntut di University of Adelaide
- Family Medicine di GP South Australia
- keberadaan di Australia demi menjaga amal dakwah di seluruh Australia
- menjadi rujukan para pelajar dan golongan yang bekerja di SA

4. Norzafry Norhalim
- Menuntut di RMIT
- Penyampai khutbah jumaat di University of Melbourne
- Engineer Petronas
- Presiden Persatuan Belia Nasional (PEMBINA)
- Antara penggerak utama Sekretatiat Luar Negara ISMA (SEKTAR- satu unit dlm pertubuhan ISMA yg bertujuan memastikan setiap pelajar yg melanjutkan pelajaran ke luar negara terjaga iman dan akidahnya)

5. Siti Fatimah Mukhtar
- Pelajar Cemerlang SPM 2006. Berasal dr Kelantan (kata org, org kelantan mudah lupa diri.. think again)
- sedang menuntut di University of Nottingham.
- dicampakkan jauh dari keluarga dan masyarakat majoriti muslim
- masih lagi menjaga adab-adab seorang muslimah dengan tudung labuh menutup aurat

Just to name a few…
Dengan beberapa tokoh yang ditonjolkan, terbukti kejutan budaya bukanlah punca untuk pelajar yang ke luar negara lupa daratan. Kejutan budaya adalah sesuatu yang normal apabila berbeza dengan budaya yang biasanya kita dibesarkan. Namun untuk terus hanyut dalam budaya tidak sihat itu, adalah pilihan dan keputusan yang dibuat oleh individu itu tersebut. Nilai keimanan yang perlu dipupuk berpanjangan sepatutnya menjadi asas untuk membina kekuatan sebagai seorang muslim di mana jua berada.

Hakikatnya, biar di manapun seseorang itu berada, ternyata masih terlalu banyak faktor yang boleh membuatkan seseorang hilang arah pedoman. Keberadaan di negara asing bukanlah penyebab utama. Jika dilihat di tanah air kita sendiri betapa ramainya anak muda yang rosak akhlaknya. Dan masih terlalu banyak perkara yang boleh dilakukan dalam meningkatkan iman dari semasa ke semasa.

Pilihan di tangan kita.
Bukan tanah penentu tingkatan iman seorang manusia.

Arts on Open day

 

Doakan agar yang semakin menjauh, kembali ke landasan.

Dan yang telah berada di landasan, terus istiqamah hingga tiba ke destinasi akhir…

obs3si Rally

Another post. oh well, after a while not catching up with the virtual world. Too busy with the real world I guess. Yet a lot of things need to be utter. Things in mind to be put in words.AUKU, UPSI etc…
As much as I don’t like the government (Barisan Nasional to be more accurate), how much they have suppress the freedom of students, it doesn’t make it right to do another wrong. Yeah, I know everybody has been talking about this. But just to share my insight…Keberadaan di luar negara banyak menampakkan betapa berbezanya tahap kebebasan untuk rakyat bersuara. Di luar negara, rakyat bebas untuk menyatakan pandangan tanpa risau akan dikenakan tindakan hanya kerana pandangannya tidak selari dengan pendapat para pimpinan. Itu secara kasarnya.
Namun demikian, tidaklah bermakna rakyat bebas menghina dan melemparkan sebarang tuduhan tidak berasas kepada mana-mana pimpinan biar apapun yang dilakukan oleh pemimpin tersebut. So, if you don’t agree with me, that doesn’t make you my enemy. We can still be friend :)
However… freedom is not that free as you see on tv. That is what I can say.

Benar, demonstrasi menjadi satu budaya di negara barat apabila rakyat tidak berpuas hati dengan pemimpin atau mahukan pemimpin bertindak dengan lebih baik dalam urusan kepimpinan. Namun, tidaklah demonstrasi itu sesuka hati semata. Beberapa perkara yang diajarkan…

1. Tentatif
Rally bukan sekadar sorakan semata. Dalam perhimpunan sebeginilah, mereka bukan sekadar mengumpul semangat, tetapi juga menanam kefahaman tentang isu yang diperjuangkan. Kebiasaannya rally dibuat di tempat umum, di tengah2 bandaraya yang menjadi pusat tumpuan masyarakat. Maka, mahu tidak mahu, orang yang lalu lalang turut sama mendengar penjelasan dan sedikit sebanyak menambah ilmu pengetahuan dan memahami tuntutan yang dibuat.

2. Masa.
Masa yang ditentukan untuk membuat demonstrasi/rally perlulah sesuai. Contohnya di Melbourne, rally dibuat pada hujung minggu atau jumaat tengah hari. Siang. Bukan tengah malam. Kerana matlamat utama adalah untuk menyampaikan segala isi hati dan ketidakpuasan atau cadangan penambahbaikan. Sekiranya rally memerlukan penyampaian memorandum kpd pemimpin, maka mereka akan bergerak menuju ke pejabat pentadbiran untuk menyampaikan kemahuan mereka. Mereka memastikan segala tuntutan sampai kepada orang yang sepatutnya. So make it office hour.

3. Keselamatan
Yes, there will always be police around with the horse. Heh smart je. Keberadaan sekadar menjaga suasana. Jaranglah berlakunya perkara-perkara di luar kawal. Dan orang awam yang menyertai turut menjaga tingkah laku dan masa yang ditetapkan. So win-win situation. But one thing I hate. Kuda poo rata2.. huhu.. thats why, I avoid going to city after any rally. heh.. busukla.. :D

Banyak lagi yang menarik tentang rally di luar negara. Namun, masyarakat Malaysia jarang melihat kepada cara-cara bagaimana rally itu dilakukan. Yang dimahukan adalah melaksanakan rally tanpa memahami cara sebenar atau mungkin sebenarnya tidak memahami langsung mengapa sebenarnya dilakukan rally. Maka akhirnya, kucar-kacir segalanya. Itu belum lagi isu traffic jam. Rally on weekdays? Hey common sense la kot…

I have nothing against the government.
Yet, sy bukanlah kroni kerajaan.
Dan sy juga bukan penyokong atas pagar.
Sy ada prinsip dan sy tahu apa yg sy mahukan.
ISLAM. the only thing.
If u fight islam, knowing that it is right, I am totally against you.
Ada faham?