kahwin awal

Sepertinya ini menjadi topik panas sejak akhir-akhir ini. Though at my age now, if I get married, I dont think I’ll be part of the statistic :D Sudah ramai pun sahabat-sahabat saya yang berkahwin lebih awal, beranak-pinak etc. Maka, kategori saya tidaklah dikira awal pun. Anyways… back to the topic (sepertinya saya selalu mempunyai masalah utk commit dengan topic yang dipilih. My bad :D )

Berkahwin awal… So here goes the story…

My mom told me my cousin wanted to get married. Bagi saya, apabila seorang lelaki (yang tidak mengikuti tarbiyah) membuat keputusan utk berkahwin, ternyata itu sesuatu keputusan yang besar untuknya. Sejujurnya saya lupa umur sepupu saya yg ini. We used to be closed. Teman sepermainan. But then, as I grew up and started wearing hijab, rasanya sudah tak sesuai utk saya bermain ABC dan kejar-kejar. Once I started secondary school, jarang berjumpa, maka secara semula jadi pemisahan berlaku. Mungkin sebab itu saya lupa umurnya. Mungkin kami sebaya. Pendapat lebih kuat merasakan dia muda setahun dua dr saya. That’s why I categorized it as kahwin awal.

So berbalik kepada kisah sepupu saya. Kata bonda, dia berhajat mengahwini gadis pilihannya. Namun ayah sepupu saya (adik kepada bonda) terang-terangan menghalang. Hairan juga dengan pakcik sy ini. Sudah bekerja, mampu berdikari, maka apa lagi yang perlu sepupu saya tunggu?

Anyway, setelah difikir-fikir dan dibincang-bincang, rupanya ayah saudara saya itu tidaklah menghalang untuk sepupu saya itu berkahwin awal. Namun, dia sendiri cuba belajar dari kesilapan dan tak sanggup anaknya hidup susah sepertinya satu ketika dahulu. Pakcik saya juga berkahwin awal. Alhamdulillah hidupnya amat bahagia bersama isteri dan anak-anak. Namun di awal perkahwinan, hidup mereka tidaklah mudah. Tanpa sebarang kelayakan, hampir segala kerja pernah dicuba demi mendapatkan rezeki yang halal. Daripada menjaja, pemandu, budak pejabat, pembantu bos hinggalah kini menguruskan kilang bosnya. Dengan kejujuran pakcik dan rezeki mendapat majikan yang baik hati, pakcik kini mampu untuk hidup lebih selesa. Dan sesungguhnya, keselesaan itu mengambil masa yang teramat lama. Mungkin kerana itu, pakcik tak mahu sepupu saya hidup susah dengan keluarga baru. Sepupu saya kerjanya gaji tidaklah mewah. Masih bertatih dengan sijil yang dimilikinya.

Hakikatnya, tiada ibu bapa yang tidak mahu anaknya cepat-cepat berumahtangga dan ‘berhidup’. Biar di usia mana sekalipun, ibu bapa yang berakal dan menyayangi anak2nya tidak akan mahu menghalang sesuatu perkara yang baik berlaku dalam hidupnya. Namun, peranan anak-anak dalam membina kepercayaan ibu bapa untuk mendirikan rumah tangga itu tidak berlaku dengan baik. Maka kerana itu, seringkali mendengar ibu bapa yang lebih rela anak-anak berpacaran tanpa batasan daripada anak-anak bernikah awal dari kebiasaan.

Beberapa perkara yang perlu dibuktikan kepada ibu bapa:-

1. Being a muslim. A real muslim
Dengan kehidupan hedonisme yang kian melata, ternyata menjadi kerisauan ibu bapa untuk melepaskan anak-anak mereka untuk mendirikan rumah tangga. Ditambah dengan kadar penceraian yang meningkat setiap tahun, apalagi keyakinan yang mampu dimiliki ibu bapa yang anaknya akan hidup bahagia selepas berkahwin sekiranya tanggungjawab pada Allah pun sukar dilaksana. Meskipun sesebuah keluarga itu tidaklah mengamalkan Islam secara sempurna, ibu bapa masih lagi melihat dan menilai aspek keagamaan anak sendiri dan bakal menantu sebelum membuat keputusan. Maka amat pentinglah anak muda memperlengkapkan diri sebagai seorang muslim dalam memikat hati ibu bapa sendiri dan bakal mertua. (untuk golongan daie, mungkin ini settle kalaupun bukan utk menambat hati mertua)

2. Berkenalan dengan keluarga bakal mertua
Dengan perangai anak muda sekarang, jarang-jarang yang pandai mengambil hati golongan yang lebih tua. Berbual dengan golongan ibu-ibu dan bapa-bapa pun terasa kekok teramat. Ini termasuklah golongan daie muda. Pengalaman banyak mengajar amat sukar utk daie muda bergaul dan bersosial dengan golongan yang tua sedikit dari mereka sekiranya berbeza latar belakang fikrah. Jika sesama jemaah, memang pantas nak sekata. Kononnya ukhuwah fillah. Namun apabila dicampakkan bersama yang berlainan fikrah ataupun yang langsung tidak terlibat dalam dakwah, mati kutu dibuatnya. Dan bg anak muda yang tidak terlibat dalam dakwah, mungkin bagi mereka tiada maknanya utk bergaul dengan golongan yang lebih tua. WRONG!!!

When you marry a man (for ladies) or a lady (for the men), you are not just marrying that particular individual. You are marrying the whole family. Maka, bertaaruf dan berbuat baiklah dengan bakal mertua, pakcik2 makcik2 yang ada meski sebelum perkahwinan lagi. Agar selepas perkahwinan sekurang-kurangnya tidaklah kejutan budaya dengan keluarga pasangan anda. Dari situ jugalah belajar utk mengenal bakal pasangan melalui kaca mata bakal mertua. Dan andai sekalipun hubungan itu tidak sampai ke jinjang pelamin, setidak-tidaknya anda berkenalan dengan seorang mad’u baru (given that perpisahan berlaku dengan cara baik)

Dalam kisah sepupu sy, belumpun sempat pakcik dan isteri bertemu calon menantu, sudah dimintanya menghantar rombongan meminang. Sepupu saya pun jarang2 berhubung dengan ibu bapa gadis tersebut. No wonder, baran pakcik menjadi-jadi tika itu.. heh.. kazen, sorry I cant back you up if you are not following the rules.

3. Perancangan kewangan
Memang benar rezeki itu ketetapan Allah. insyaAllah setiap anak adam itu telah ditetapkan rezeki sejak di lauh mahfuz lagi. Namun setidak-tidaknya perancangan itu perlu ada. AbdurRahman b Auf juga bukanlah kaya dengan tiba-tiba. Setibanya di Madinah, dimintanya beliau jalan ke pasar. Dan dari situ beliau membina semula kekayaan yang ditinggalkan di Makkah. Bukanlah bererti harus menjadi jutawan sebelum berkahwin. Namun setidak-tidaknya tunjukkanlah kesungguhan untuk berusaha itu kepada ibu bapa. Keluarga lelaki lazimnya lebih risau sekiranya anak lelakinya tidak mampu menjaga keluarganya nanti. Maka perlu dinampakkan usaha tersebut kepada kedua ibu bapa seandainya benar-benar mahu mendirikan rumah tangga.

Kata seorang murobbi, mendirikan rumah tangga adalah perkara yang serius. Maka perlukan kesungguhan untuk mencapainya.

Wallahu’alam.

Bila balik rumah, antara tugas yang ditaklifkan secara tidak langsung adalah kaunselor keluarga. Heh, for some unknown reason.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s