Obs3si human rights

20131119-223325.jpg

Perjuangan hak asasi manusia
Perjuangan yang hilang arah
Andai landasan tidak menuju Allah
Berpandukan nafsu semata
Hingga hilang arah tujuan
Manusia ini, segalanya mahu
Tidak kira baik atau buruknya
Kerana manusia ini dikurniakan nafsu
Bersama akal yang limitasi tertentu
Maka rosaklah jiwa andai tidak dipandu

Ya Allah… Lindungi kami Allah
Kuatkan hati kami
Teguhkan di atas jalan ini
Terus berjuang
biar mereka terus menentang

obs3si Morsi

obs3si ini bukan pada indivudu atau kepartian
namun pada sebuah pendirian
pada sebuah kebenaran
pada sebuah perjuangan
yang menentang kezaliman
hingga islam bukan lagi kelaziman
tiga dekad ditindas habis-habisan
hingga hancur keagamaan
ranap sudah kemanusiaan

dan obs3si ini bukan sekadar ikut-ikutan
menonong tanpa arah tujuan
tapi obs3si ini kerana kefahaman
kerana pengetahuan
dibimbing Sunnah dan Quran
bahawa Islam itu agama kebenaran
sempurna dan menyempurnakan
usah dicampur dengan kejahiliahan
usah diadun dengan liberal dan kemunafikan
kerana itu hanya akan merosakkan
Islam yang penuh dengan kesucian

1005207_545108288860251_1876323061_n

Himpunan Aman Sokong Morsi – 21 Julai 2013

foto – FB ISMA

Isteri Kedua

assalamualaikum wbt

post ini tiada kaitan dgn cerpen Kerana Kau Isteri Kedua. Hurmm, for some unknown reason, that entry is the hit in this blog. Sebuah kisah yang digarap dari seorang yang tidak langsung punya pengalaman mengenainya. So, kalau saya tipu pun, terima lah seadanya.

Tapi kali ini, memang kisah suami yang memadukan isterinya bukan dengan dakwah semata. And this post too, i had null experience of it. Sekadar pemerhatian mata kasar orang sekeliling.

And so the story begin with…On day, I met my boss’ husband. With another lady. And it came to a surprise when he introduce her as his new wife. Siap pesan, “Jangan bg tau kakak tau :)” Adoyai…

For some unknown reason, masa tu rasa cam nak gelak guling-guling. Somehow, deep down I have expected him to have other wife besides my boss. Oh well…

Selalunya bila timbul isu poligami, haruslah isteri tua mengamuk bagai. Sesabar mana sekalipun seorang isteri, pasti terguris hati kecilnya.

I guess one thing for sure, when a guy choose to polygamy, it’s not always the wife’s fault. Mungkin kerana terlalu memikirkan di mana silapnya sebagai isteri menyebabkan, si isteri berasa tertekan amat apabila suaminya berkahwin lain. Setelah segala pengorbanan, penat lelah dan pelbagai, siapa yang tak naik angin andai suami berpaling tadah. But then, mungkin itu jodoh. Yes. Bukan mungkin. Tetapi memang itu jodoh suami dengan wanita lain.

Dan itu juga tidak bermakna suami yang berpoligami itu ‘gatal’ sehingga membuka cawangan kedua (atau ketiga atau keempat). Again it’s jodoh. Dengan nisbah lelaki yang semakin berkurang berbanding wanita, ditambah pula dengan lelaki-lelaki songsang… haishhh….

sesungguhnya perkahwinan itu mengangkat darjat seorang wanita ke tingkatan yang lebih baik lagi. Maka berdosakah sekiranya seorang lelaki yang berkemampuan utk berpoligami? It’s a cruel world, being single ain’t easy nowadays.

waaaah kamu… penyokong poligami nampak.
Oh well… me just being rasional.
heh.. kamu tu boleh la nak cakap. kahwin pun tidak. lagi mau cerita bab berkongsi. sharing is not always caring. it can be killing. Peritnya bukan sedikit..

ye ye … saya pun tidaklah gemar bab-bab berkongsi. Being the only daughter and the youngest in the family, memang saya tidak belajar untuk berkongsi. Mungkin saya tak rasa keperitan itu. Tapi saya melihat keperitan itu.

Dan baru-baru ini, saya mendapat tahu seorang teman yang telah dimadukan. aduh… She looks so strong. Never imagine she was going through such thing. Dia hanya mengetahui yang suaminya menduakannya setelah 6 tahun perkahwinan kedua itu. What!!!! So yes, I have nothing against polygamy. But please do it the right way. Janganlah disorokkan perkara yang ‘baik’. Sungguh menampakkan ketidakjujuran dalam perhubungan. Entahlah..

Apa kaitannya dengan dunia dakwah??

satu perkara yang harus jelas yang dilihat agak kabur semasa di perantauan. Hakikatnya ujian thabat itu datang dalam pelbagai bentuk. Semasa musim belajar, habis-habis pun ikhwah akhawat diomong-omongkan dengan masalah kerja atau keluarga yang kurang supportive dalam dakwah. Terlalu disibukkan dengan kerja, rambang mata dengan wang gaji atau keluarga yang mungkin sampai ke tahap menghalang perjuangan dakwah. Namun, sekembalinya ke tanah air, cabaran utk thabat tidak lagi terlalu jelas. Para daie juga diuji sebagaimana orang lain diuji. Anak-anak yang sakit, ibu bapa yang semakin tidak sihat, kerja yang bukan sahaja mengambil masa dakwah bahkan bi’ah yang sangat tidak syadid. Sekiranya ikhwah akhawat ‘dibesarkan’ dalam suasana yang amat syadid, haruslah budaya kerja menjadi satu culture shock yang hebat. Dan akhirnya ikhwah akhawat turut diuji dengan dugaan ikhtilat. Sesuatu yang mungkin kita rasakan sudah cukup kuat ketika zaman belajar kerana tika itu, kita yang menentukan budaya kerja. Maka janganlah disangka ikhwah akhawat tidak akan diuji dengan isu polygamy.

beberapa hakikat yang perlu difahami.

1. ikhwah itu juga lelaki. punyai hak utk berpoligami. But pls do it the right way. Jangan buat belakang isteri. Haruslah berterbangan pinggan mangkuk kuali besi. Di manakah ketelusan seorang ikhwah andainya menyembunyikan sebuah perkahwinan yang suci???

2. akhawat jua wanita biasa. Punya perasaan dan penuh kecemburuan. Dan janganlah disangka akhawat yang mulia itu tidak berkecil hati. Kerana dia juga manusia biasa. Maka janganlah mengharapkan dia umpama patung cendana apabila kamu para suami berpoligami. Maka jangan kerana sebelum ini isteri pertama telah dibiasakan bermadu dengan dakwah, layanan ikhwah juga terbiasa hingga mengabaikan isteri pertama. Tidaklah serupa bermadu dengan dakwah dan wanita lain.

3. Dan sekiranya ditakdirkan seorang ukhti itu menjadi isteri kedua atau seterusnya, kamu yang memilih utk berkongsi. Maka terimalah seadanya.

Heh.. tetiba teringat ada sorg ukhti yang konon2nya offer ukhtinya yg lain utk bermadu, given that bilangan ikhwah yang sedikit. tapi itu sebelum kawen la.. ithar bagai. nasib baik both ukht end up dah kawen with different men. kalau tak, must be interesting. haha…

ps. as for me, i am very much happy with my life. Alhamdulillah ‘ala kulli hal🙂

Jangan ada benci

Tidaklah kami memaksa anda utk bersetuju dengan pendirian kami.
Tapi janganlah kami dihina, dicaci dan dibenci sebegitu sekali.
Seumpamanya kita ini tidak pernah bersama.
Sepertinya ukhuwah itu tidak pernah wujud antara kita.
Kita pernah sama-sama mengenal tarbiyah, melayar bahtera dakwah.
Segala wasilah yang kita lalui bersama pasti ada maknanya, kan?
Ataukah segalanya hilang lenyap begitu sahaja hanya kerana kita memilih cara yang berbeza?

Ketahuilah matlamat kami tetap menuju Tuhan yang Esa.
Mungkin pada pandangan kalian, kita terlalu berbeza.
Banyaknya ketika, dikebalkan hati mendengar (atau membaca) komen sedemikian rupa.
Namun luluh juga apabila kata-kata sebegitu hadir dari mereka yang pernah sama-sama berkongsi suka dan duka di alam dakwah ini.

Please don’t be too mean.
Nak tegur pun, jangan la kejam sangat.
Tak kisah kalau nak kata kami salah.
Tapi janganlah sampai mengkafirkan.
i.e dengan terang2 tuduh orang tu murtad sedangkan org tu elok je g masjid dan berdakwah.
Kisah benar.

Remember all the sweet moments we used to share…
berjaulah, bermukhayyam, berusrah, bertani, beriadhah, bermabit…
Andai sekalipun kalian tidak pernah bersama kami
ketahuilah mad’u atau murabbi kalian pernah bersama kami
ada di kalangan murabbi kalian yang dahulunya bersama kami
tidak kurang juga mad’u yang mengenali islam melalui kami
maka hormatilah setiap mereka
seperti mana anda menghormati ahli bulatan gembira anda
dan ada tanah yang dahulunya gersang
kini subur menghijau penuh tanaman
kerana hadir murabbi kami (dan kalian) yang membasahi dengan islam

***

seperti mana aku menghormati murabbi kalian
kumohon hormati murabbiku sedemeikan rupa
biarpun aku tidak pernah diajari mereka
namun aku tahu mereka insan berwibawa
kerana melalui mereka, hadirnya murabbiku yang hebat belaka

dan seperti mana kukasihi mad’u ku yang berubah arah
kupohon kasihilah mad’u ku sebaiknya
jangan ditentang mereka hanya kerana mereka memilih utk bersama kami
jangan diduga hati mereka yang baru mengenal islam
hingga hampa kerana mendengarkan kata nista yang tidak berkesudahan…

***

Haih… dah gaya macam putus cinta pun ada.. haha…
Lagu soundtrack, Jangan ada benci by Casey.
Sorry lagu zaman tok nadok la plak.
but yeah, it suits the situation.
except for the part memungkiri janji.

obs3si GOR

Di satu malam yang kelam, di kala bulan tak berapa nak terang..mesej dikirimkan.
heheh.. dah gaya filem seram lak..
 
+ Eh.. jom g jalan..
– G mana..
+ Tak kisah.. asalkan jalan2..😀
– GOR?
+ Set!
 

Bila hari yang ditetapkan tiba, demam pun datang. Running nose lagi. Memang flu-like symptom sudah. Summer fever. Hati pun berbelah bagi. Melihat orang lain bersemangat bersiap, maka ditetapkan hati. Might be my last journey there. Heh sebelum ni pun rasa cm last gak.Maka berpergianlah sebuah IMAX ke GOR. And it was my ‘x’th time visiting the place. Oh I lost count of it. Heh… saploh kot.And so we went there. Same destinantion. Different companion. Kali ini mmg takde ahli yang serupa dengan mana-mana trip yang sebelumnya.

The main destination remain the same. The 12 apostles yang dah tinggal 8 kot. This trip was much more interesting because we stop here and there. Sesuka hati, sesedap jiwa. Tak kejar masa. Tak terikat dengan apa-apa. Rasa ada tempat menarik, cantik, terus masuk parking. Menikmati ciptaan Allah, snap few pics and off we go. I didn’t take much picture. Terasa nak menikmati dengan lensa ciptaanNya.

And oh this trip was very special indeed sebab first time amik gambar di Great Ocean Road Monumen yg ada signboard GOR itu. Haahhh.. jakun kamu.

37544318

Tempat ini terlalu banyak menyimpan kenangan. Bukan tempat sebenarnya. Perjalanan ke GOR itu sendiri sentiasa mencipta kenangan terindah. Destinasinya hanyalah beberapa ketul batu di tengah laut yang mengambil masa sehari suntuk pergi balik. Andai hanya pada batu2 itu yang menjadi tujuan, nescaya rugilah sehari yang berlalu. Namun, pemusafiran ke GOR ini ada cerita tersendiri…

The journey taught me lots. Reminiscing the 1st trip….
1. Learn to read maps. Heh.. and who say women cant read map??!! Allan Pease :p
Which from there I learn to navigate my life using the longlife manual. Alhamdulillah🙂
Tp skrg ni dah modern. Ppl no longer use maps. GPS aje.. But the usage of longlife manual still remain the same. Alhamdulillah🙂

2. Learn to read du’a. Sebelum tu naik kenderaan takat baca bismillah. Tiba2 ada kakak soh lead baca doa naik kenderaan. Heh… terkulat2 beta dan teman2. And then a friend volunteer herself to read the du’a. And she just became a muslim for couple of years. At that moment, malu tahap mmg tak boleh tahan dah. Waaaa…. I was taught by a muallaf to read a du’a that was supposed to be right at the back of my mind. Haih.. Alhamdulillah since then, lebih tekun menghafal🙂

3. Belajar solat di mana2 tanpa telekung. Ralat. Bukan ralat tak bertelekung. Tapi kerana merasakan baju yang dipakai tidaklah benar2 sempurna menutup aurat walaupun dalam kategori bertudung dan berlengan panjang. That was the point, I realized that I need a wardrobe makeover. Heh, bukan shopping baju baru. Eliminate the-not-so-aurat-covered dress. So the point is, baju yang menutup aurat adalah baju yang membuatkan anda tenang utk bersolat dengannya🙂

388731_10151197610125807_343315020_n

of us @Anglesea

And indeed, GOR is an obs3ssion🙂
The Great Ocean Road. Greatest is the Creator.
It’s not about the destination. Only the journey that matters.